Friday 9 March 2012

Cara Reset Printer Canon Pixma IP 1800, IP 1980


Salam 1 Malaysia,

Kali ini saya akan berkongsi tentang cara-cara untuk reset printer Canon model IP1800, Canon IP1980 dan sewaktu dengannya yang mengalami masalah "Waste Ink Absorber Full" atau terdapat error seperti di bawah pada komputer anda.




Info
Masalah 'Waste Ink Absorber Full' ini boleh di atasi dengan hanya mereset semula printer tersebut tetapi harus diingatkan jika anda tidak mencuci tank absorber yang terdapat pada printer, ia boleh menyebabkan lebihan ink akan melimpah keluar dari printer. Jadi seeloknya tank absorber di cuci terlebih dahulu. Cara untuk mencuci tank absorber akan saya kongsikan di masa akan datang.

Berikut adalah cara-cara untuk reset printer Canon ini :

  1. Tekan butang POWER (jangan lepaskan) kemudian cabut kabel plug di printer dan pasangkan kembali kabel tersebut.
  2. Dalam keadaan butang POWER di tekan, tekan pula butang RESUME sebanyak 2 (dua) kali.
  3. Kemudian lepaskan kedua-dua butang secara serentak.
  4. Pada masa ini, printer anda akan berada dalam keadaan reset sementara (temporary). 
  5. Untuk reset printer secara keseluruhan, anda perlu menggunakan software General Tools yang anda boleh download di bawah :

Download General Tools Disini

Setelah selesai proses download, ikut langkah-langkah berikut :

  • Jalankan program General Tools, dan paparan seperti di bawah akan keluar :

  • Biarkan software General Tools untuk mengesan printer pada komputer anda secara automatik.
  • Kemudian ikuti langkah berikut :


  1. Tandakan kotak EEPROM Clear. 
  2. Klik pada Test Pattern 1, (pastikan terdapat kertas pada printer anda kerana printer akan melakukan print test page)
  3. Kemudian klik pada Main.
  4. Dan seterusnya klik pada Platen.
  5. Maka selesailah proses reset pada printer anda. Anda boleh klik pada Quit untuk menamatkan proses.
  6. Untuk memastikan proses reset berjaya, anda boleh padamkan dan hidupkan kembali printer anda dan cuba mencetak seperti sedia kala.
Selamat Mencuba.


2 comments:

  1. Alhamdulillah....terima kasih....nasib baik tak buang jea printer ip1800...

    ReplyDelete
  2. dah buat generaltools.....printer still xbo guna...status offline & pls check cable....remove driver & install semula baru boleh print....cubajaya...:-)

    ReplyDelete