Friday, 9 March 2012

Cara Reset Printer Canon MP 258, Canon MP 250

Salam 1 Malaysia,

Hari ni saya akan berkongsi sedikit sebanyak bagaimana cara untuk membaiki atau reset printer Canon model MP 258, Canon MP 250 dan yang hampir sama model dengannya.

Bagi anda yang mungkin pernah hadapi masalah 'Waste Ink Absorber Full', atau pada komputer anda keluar error seperti di bawah, anda boleh selesaikan masalah ini dengan ikuti langkah-langkah yang saya berikan.


Langkah untuk reset printer anda :

  1. Pastikan printer di dalam keadaan OFF tetapi kabel power dan suis telah di hidupkan.
  2. Tekan butang STOP/RESET (jangan lepaskan butang), kemudian tekan butang POWER.
  3. Tanpa melepaskan butang POWER, anda tekan butang STOP/RESET sebanyak 2 (dua) kali dan kemudian lepaskan kedua-dua butang secara SERENTAK.
  4. Pada masa ini printer akan proses (loading) dan kemudian indicator pada printer akan menunjukkan angka 0. 
  5. Jika komputer anda mengesan printer baru yang ingin menjalankan proses install, abaikan sahaja.
  6. Printer sekarang berada dalam keadaan SERVICE MODE dan bersiap sedia untuk di reset.

Seterusnya anda perlu muat turun software Resetter di link yang di berikan :

Download Resetter Disini - Link Baru

  • Setelah selesai muat turun software, anda extract software tersebut.
  • Sebelum menjalankan program resetter ini, pastikan di printer anda mempunyai sekurang-kurangnya 2 helai kertas.
  • Kemudian jalankan program resetter itu (service tools). Paparan seperti di bawah akan keluar :

  • Langkah pertama, klik pada Main.  Pada masa ini printer akan mencetak satu halaman kertas dengan tulisan seperti ini " D=000.0 ".
  • Selesai printer mencetak, kemudian klik pada EEPROM Clear
  • Kemudian langkah terakhir klik pada EEPROM.  Pada masa ini juga printer akan mencetak satu halaman kertas.
  • Selesai printer mencetak, maka selesailah proses reset pada printer.
  • Anda boleh matikan printer dan hidupkan kembali, dan printer anda sepatutnya dapat di gunakan seperti sedia kala.
  • Selamat mencuba. 



5 comments:

  1. nape xleh download resetter dri blog incik?

    ReplyDelete
  2. xboleh ke? nti sy try upload semula ok..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ok sy dh upload link terbaru. link yang lame pun sy dh reupload. selamat mencuba

    ReplyDelete
  5. boleh ke guna cara ni utk canon pixma mp287?

    ReplyDelete