Saturday 10 March 2012

Terlupa Windows XP Login Password

Salam 1 Malaysia

Kali ini saya akan berkongsi bagaimana cara untuk memasuki windows XP yang anda terlupa password login. Sebelum itu pastikan anda mempunyai CD Windows XP yang boleh di gunakan untuk proses format windows.

Cara-caranya :

  • Boot komputer atau laptop anda dengan menggunakan CD Windows XP
  • Setelah proses loading selesai, masuk ke setup windows.
  • Pada paparan "License Agreement,  anda tekan butang F8 di papan kekunci anda.
  • Kemudian sistem akan cuba mengesan instalasi windows yang dahulu. Anda tekan R untuk melakukan proses repair windows.
  • Windows akan melakukan proses copy file seperti di bawah :




  • Selesai proses copy file, komputer atau laptop anda akan restart secara automatik.
  • Selepas restart, setup akan masuk pada paparan installing windows seperti di bawah :




  • Apabila terdapat tulisan "Setup will complete in approximately in 39 minutes" anda terus tekan butang "Shift + F10" , maka command prompt akan terpapar.
  • Anda taip "NUSRMGR.CPL", kemudian tekan enter.
  • Kemudian dengan secara automatik, paparan user account seperti yang terdapat pada control panel akan terpapar.
  • Jadi anda akan dapat melakukan proses buang password atau melakukan perubahan pada password anda.
  • Selepas itu biarkan proses setup windows berjalan sehingga selesai. 

Selamat Mencuba. 

No comments:

Post a Comment